fbpx

Usaha cungkil bakat inovasi dan robotik pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NROC dapat memupuk minat generasi baharu terhadap teknologi robotik pada masa depan.

SELARAS dengan inisiatif digital pertama Kementerian Pendidikan dan Projek #mydigital-maker, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) menganjurkan Cabaran Robothon Kebangsaan (NROC) edisi ke-19 dengan bertemakan, ‘Bumi Kedua: Penjajahan Angkasa’.

NROC dianjurkan bagi memajukan lagi inovasi dan bakat robotik tempatan dalam menangani cabaran dunia sebenar.

Pertandingan itu dianjurkan oleh akademi edutainment, STEM 5T3M; pembangun pembelajaran berasaskan multiverse, Leanbot dan Lenovo Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif STEM 5T3M, Shoant Teoh berkata, pertandingan itu mencabar para peserta menggunakan robotik bagi membina penempatan dan memanfaatkan sumber semula jadi dalam persekitaran ruang simulasi.

“Ini termasuk pengeluaran makanan, pembinaan, penjanaan tenaga, pengangkutan, komunikasi dan sokongan hayat biologi.

“Kita mahu menggalakkan peserta berfikir di luar kotak dan membebaskan imaginasi mereka untuk menginovasi penyelesaian yang belum dilihat di planet ini,” katanya kepada Infiniti baru-baru ini.

Tambahnya, NROC mewakili harapan 5T3M pada masa depan bagi memupuk generasi baharu yang mahir dalam teknologi robotik.

Pada masa sama, ia menjadikan pemikiran mereka cukup tajam bagi melihat sama ada pelajar boleh menggunakan ‘niche’ masing-masing untuk membantu menjadikan dunia terus sesuai didiami.

Program NROC 2023 berlangsung bermula Julai hingga Disember 2023, di mana juara di peringkat akhir NROC 2023 akan mewakili Malaysia pada Robothon Antarabangsa 2024 di Thailand.

Naib juara pertama dan kedua akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 dan RM1,000.

Sementara itu, sekolah dan pelajar yang mengambil bahagian boleh membeli pakej kit pertandingan di laman web rasmi 5T3M.

Kit termasuk semua komponen untuk membina dan memprogramkan penyelesaian robotik yang sejajar dengan tema cabaran, termasuk robot khusus Leanbot serta trek dan model medan.

Selain itu, kit tersebut menyediakan peserta akses sepanjang tahun kepada Leanbot’s Pythaverse iaitu sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang menyokong pembelajaran kolaboratif dalam ruang digital sepenuhnya.

Ketua Pegawai Operasi dan Naib Presiden Jualan di Pythaverse Pte Ltd., Lim Soon Seong berkata, penggunaan LMS dapat membantu pelajar mengembangkan lagi hubungan dengan pelajar lain di seluruh dunia.

“Kami mahu memberikan akses LMS supaya pelajar boleh belajar daripada persekitaran sekolah terdekat mereka.

“Pada masa sama, mereka dapat berhubung dengan rakan pelajar dari seluruh dunia dalam ‘metaverse’ pendidikan.

“Bilik darjah digital dibina atas kepercayaan bahawa kerjasama melahirkan inovasi.

“Jadi, kami amat percaya pada potensi untuk memperkasakan belia untuk menolak sempadan sains robotik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN