fbpx

Chelsea pintas Liverpool buru Valverde

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VALVERDE mungkin perlu menukar destinasi kariernya selepas Real berjaya mendapatkan khidmat Bellingham dan Guler. - AFP

LONDON – Chelsea bersedia untuk mencabar Liverpool bagi mendapatkan khidmat bintang Real Madrid, Federico Valverde dan sanggup berbelanja besar sehingga £111.7 juta (RM653.3 juta).

The Blues sudah pun hilang ramai bintang utamanya bermula dengan perpindahan Jorginho ke Arsenal, malah pengendali baharu, Mauricio Pochettino juga membenarkan Mateo Kovacic, N’Golo Kante, Tiemoue Bakayoko, Ruben Loftus-Cheek dan Mason Mount ‘angkat kaki’.

Langkah Chelsea ini seakan memberikan ‘nyawa kedua’ buat Valverde kerana masa depannya di Real Madrid makin samar sejak Los Blancos mengikat Jude Bellingham dan Arda Guler.

Kontrak Valverde di Santiago Bernebeu hanya akan tamat pada 2027 dan tawaran Chelsea ini pastinya mengatasi bidaan £68.7 juta (RM401.8 juta) yang dibuat oleh liverpool.

Dua kelab Arab Saudi, Al-Ahli dan Al-Hilal juga dikatakan berminat, namun tidak jelas ketika ini sama ada Valverde bersedia untuk meninggalkan saingan Eropah untuk sertai saingan di Asia.

Selain mampu beraksi di posisi sayap, musim 2022/23 menyerlahkan kualiti Valverde di depan gol, merekodkan 12 jaringan dan tujuh bantuan gol dalam 56 penampilan di semua pertandingan.

Sebelum ini, Chelsea sudah pun mendapatkan khidmat Christopher Nkunku, Nicolas Jackson, Angelo Gabriel dan Diego Moreira. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI