fbpx

5,220 mualaf baharu didaftarkan MAIS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Langat, Khairul Anuar Samingan, (kiri) sedang menyempurnakan lafaz syahadah kepada salah seorang muallaf (kanan) sambil disaksikan Suhaimi Ismail dalam program KOA hari ini.

SHAH ALAM – Seramai 5,220 mualaf telah didaftar pengislamannya di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sepanjang tahun 2022 hingga Jun ini.

Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Suhaimi Ismail berkata, pihaknya menyediakan sebanyak 39 Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) berbanding 36 sebelum ini bagi memudahkan proses pendaftaran pengislaman terutama di Selangor.

Katanya, PPP bertanggungjawab membantu dan memberi konsultasi kepada mana-mana muallaf yang berhasrat memeluk agama Islam dengan suci hati dan kerelaan sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana individu atau pun pihak lain.

“Selain menguruskan proses pengislaman, PPP juga memainkan peranan membantu MAIS dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam proses penjagaan, perlindungan serta pengajaran kepada mereka.

“Setakat Jun ini, seramai 749 orang yang membuat pendaftaran pengislaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, masyarakat amat digalakkan menjadi pemudahcara dengan membantu mereka ke PPP yang berhampiran beserta dokumen berkaitan agar urusan pendaftaran pengislaman dapat dipermudahkan.

Dalam pada itu, Suhaimi memberitahu, MAIS telah menganjurkan program Program Turun Padang Perkampungan Orang Asli (KOA) Kepau Laut, Pulau Carey bersempena Kempen Bulan Muallaf MAIS, hari ini.

Ujarnya, kempen bermula 1 hingga 31 Julai ini bagi memberi pendedahan kepada masyarakat di Negeri Selangor berkaitan pengurusan pengislaman yang dilaksanakan oleh MAIS.

“Kempen Bulan Muallaf Negeri Selangor merupakan salah satu aktiviti tahunan MAIS dalam memberi pendedahan peranan MAIS kepada masyarakat terutama dalam menyantuni ummah.

“Tujuan program ini diadakan adalah sebagai platform bagi memperkenalkan pengurusan pengislaman di Negeri Selangor kepada muallaf dan masyarakat,” katanya.- KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI