fbpx

PRN: Juwairiya ada peluang tewaskan Azmin di DUN Hulu Kelang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Azmin (kiri) dan Juwairiya.

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) Selangor yakin kemampuan calon mereka, Juwairiya Zulkifli menewaskan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Juwairya mempunyai reputasi tersendiri selain merupakan anak jati Hulu Kelang yang memberikan kelebihan kepadanya.

“Saya yakin selain penyokong PH dan Barisan Nasional (BN) akan mengundi Juwairiya dalam PRN. Cuma, beliau kena bekerja lebih keras untuk lawan Mohamed Azmin.

“Selain itu, Juwairiya adalah anak jati Hulu Kelang jadi saya rasa ramai yang mengenalinya, seperti juga Mohamed Azmin,” katanya.

Terdahulu, Amirudin menyempurnakan majlis pecah tanah Rumah Idaman Cahaya dan pelancaran Rumah Idaman Sari di tapak projek Rumah Idaman Cahaya di Seksyen U12, di sini, hari ini.

Juwairiya yang sebelum ini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati diletakkan sebagai sandaran memenangi DUN Hulu Kelang yang dikatakan merupakan antara kubu kuat PH.

Dalam pada itu, Amirudin memaklumkan bahawa Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor kini hanya mengharapkan undian daripada penyokong Pas.

“Azmin telah kehilangan 70 peratus daripada pasukan jenteranya berbanding Juwairiya yang sudah lama mempunyai pasukan jentera untuk membantunya berkempen dalam tempoh dua minggu ini. Apapun, saya nampak kawasan DUN Hulu Kelang ini adalah salah satu kawasan tumpuan pada PRN kali ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI