fbpx

Kucing gergasi berdiri buka pintu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing bernama Kefir membuka pintu manakala Minina mendukung haiwan itu di rumahnya di Russia baru-baru ini. - Foto Instagram/yuliyamnn

MOSCOW, Russia  – Seekor kucing gergasi yang dipelihara oleh Yulia Minina dari Oskol, Russia semakin membesar dan haiwan itu kini boleh membuka pintu rumah, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kefir yang merupakan kucing baka Maine Coon sering disalah anggap sebagai anjing kerana badannya panjang dan kaki yang tinggi.

Dalam video yang dirakam Minina, kucing itu berdiri sama tinggi dengan anak perempuannya  yang sedang menyediakan makanan ringan di dapur.

Bulan lalu, Minima menyiarkan kemas kini di laman Instagram dan berkongsi video baharu Kefir berkeliaran  sekitar di taman mereka.

Kefir dilihat berdiri dengan dua kaki dan membuka pintu apabila kakinya menyentuh pemegangnya.

Ketika di taman, Kefir juga cuba menangkap rama-rama. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI