fbpx

Kucing gergasi baka Maine Coon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adriana mula memelihara Richie ketika fasa terawal pandemik Covid-19. - @Richie_the_Mainecoon/SPLITPICS UK

PARIS – Seekor kucing dari baka Maine Coon menjadi sensasi internet disebabkan keadaan fizikalnya yang besar serta bulunya yang gebu, selain mempunyai rupa paras unik, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Kucing yang diberi nama Richie itu mula dipelihara oleh seorang wanita dari Perancis, Adriana, ketika fasa terawal pandemik Covid-19.

Ia mempunyai bulu berwarna campuran hitam dan putih, di mana bahagian wajah dan kakinya berwarna hitam, manakala bahagian badannya dipenuhi dengan warna putih.

Pesonanya yang unik itu membuatkan Richie mempunyai lebih 126,000 pengikut di laman media sosial yang mengagumi kecantikannya.

“Selepas memuat naik sebuah video Richie di Instagram, ia menerima populariti luar biasa sehingga video itu mendapat lebih sejuta tontonan.

“Kegilaan internet amat luar biasa. Berita mengenai Richie kini berada di mana-mana di seluruh dunia termasuk di media sosial China,” kata Adriana.

Tambah Adriana, Richie merupakan seekor kucing yang baik dan mudah mesra.

“Ia amat suka bertemu dengan orang ramai terutamanya kanak-kanak. Ia kelihatan seperti amat menggemari kanak-kanak walaupun mereka sering takut kepadanya.

“Richie juga gemar bermain dan mempunyai bilik permainannya sendiri. Selain itu, ia banyak menghabiskan masa dengan tidur dan mengasingkan diri apabila ingin berehat,” kata Adriana. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI