fbpx

Kucing gergasi di Rusia miliki berat 12.5 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kucing baka Maine Coon milik Yulia bernama Kefir. - SWNS South West News Service

MOSCOW – Seekor kucing gergasi berpotensi memecahkan Rekod Dunia Guinness kerana mempunyai berat badan sehingga 12.5 kilogram, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Seorang wanita dari bandar Stary Oskol di Rusia, Yulia Minina memelihara seekor kucing baka Maine Coon yang baru berusia 22 bulan dinamakan Kefir. 

“Saya tidak sangka anak kucing itu boleh menjadi begitu besar. Ia bukan sahaja membesar dari segi penampilan, malah sangat bijak dan sentiasa bersikap tenang.

“Perkara itu secara umumnya adalah seperti manusia. Kefir mempunyai penampilan yang menggerunkan tetapi ia adalah seekor kucing yang penyayang dan bersederhana,’’ katanya.

Menurut Manina, kucingnya sering mendapat perhatian rakan-rakan serta kenalan yang datang ke rumah dan Ia akan membiarkan dirinya dibelai oleh mereka.

Tambahnya, apabila orang yang tidak dikenali datang ke rumah, mereka akan menyangka haiwan itu sebagai seekor anjing.

“Ia mempunyai satu tabiat. Pada waktu malam, ia suka memanjat saya lalu tidur. Kefir kini berusia setahun sepuluh bulan dengan berat 12.5 kilogram, tetapi masih dianggap sebagai anak kucing. 

“Kucing baka Maine Coon akan membesar sehingga usia tiga hingga empat tahun. Oleh itu saya fikir ia sepatutnya menjadi lebih besar,’’ jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI