fbpx

Annuar hilang platform musnahkan UMNO – Mohd. Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad (kiri), Annuar (kanan).

PETALING JAYA – Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa yang tidak dicalonkan Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan dilihat bakal menggugat kedudukannya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zakarshi berkata, tanpa kedudukan, Annuar akan kehilangan platform untuk memusnahkan UMNO.

“Mungkin ramai yang terkejut bila Pas tidak mencalonkan Annuar. Sebenarnya Annuar sahaja yang terkejut. Dia boleh bagi apa sahaja alasan. Hati tetap sakit.

“Tanpa kedudukan dia hilang platform untuk musnahkan UMNO. (Suaranya) mungkin tidak lagi dipedulikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mohd. Puad dengan nada sindiran berkata, Annuar tidak rugi meskipun tidak dicalonkan.

“Apakah Pas memang tidak mahu mencalonkannya atau ada arahan kepada Menteri Besar Kelantar agar Annuar tidak dicalonkan? Susah Annuar kalau benar.

“Tetapi Annuar tidak rugi apa apa. Dia ahli Pas. Dia ahli parti Islam. Pahala bertimbun. Kerusi dan (Yang Berhormat) hanya dunia,” jelasnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan Annuar tidak tersenarai sebagai calon pada PRN di Kelantan.

Perkara itu disahkan selepas Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan senarai calon PRN Kelantan pada Majlis Pengisytiharan Calon PRN Ke-15 PN negeri Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Muhammad IV. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI