fbpx

PRN: Annuar Musa tidak tersenarai sebagai calon Pas di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad semasa mengumumkan calon yang bertanding pada PRN Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa tidak tersenarai sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.

Perkara itu disahkan selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan senarai calon PRN Kelantan pada Majlis Pengisytiharan Calon PRN Ke-15 PN Negeri Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Sebelum ini, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa nama Annuar sudah melepasi senarai tapisan Majlis Syura Ulamak Pas.

Sejak menyertai Pas, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu dilihat sering turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadok untuk bertemu dengan penduduk di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, Ahmad dalam ucapannya memaklumkan, PN Kelantan memperkenalkan seramai 23 calon muka baharu yang bakal bertanding pada PRN di Kelantan.

Menurutnya, ia merupakan sejarah apabila Pas menampilkan calon baharu paling ramai dalam PRN kali ini.

“Calon PN di Kelantan terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti ulamak, ahli korporat, profesional, doktor dan aktivis masyarakat.

“Daripada kesemua 45 calon, 10 orang calon merupakan ulamak, profesional (lapan orang), muda (lima orang), ahli korporat (10 orang), aktivis (10 orang) dan wanita (dua orang),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI