fbpx

Amrabat setuju terma Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMRABAT dilaporkan sudah menyatakan persetujuan mengenai terma peribadi yang ditawarkan oleh United. – FB ACF FIORENTINA

MILAN – Bintang Fiorentina, Sofyan Amrabat dilaporkan menolak tawaran akhir Liverpool selepas dikatakan menyatakan persetujuan peribadi untuk menyertai Manchester United.

Tonggak antarabangsa Maghribi itu dijangka akan me­ninggalkan Fiorentina ketika kelab itu sedang berusaha untuk mengimbangi komitmen dan memulihkan struktur kewangan kelab.

Selepas berjaya mendapatkan Andre Onana, United juga sedar dan cuba memanfaatkan peluang untuk mendapatkan khidmat Amrabat, namun mendapat cabaran The Reds yang kini berusaha untuk perkukuhkan jentera tengah.

Bagaimanapun, peluang itu semakin terbuka buat United selepas Amrabat dikatakan
bersetuju dengan terma peribadi diberikan, malah pemain itu pernah bekerjasama dengan Erik Ten Hag ketika bersama Utrecht.

Januari lalu, Amrabat hampir dijual kepada Barcelona selepas kelab Itali itu menerima bidaan sekitar £25 juta (RM147.2 juta).

Ketika ini Ten Hag sudah pun berbelanja £100 juta (RM588.9 juta) pada musim panas kali ini sekaligus memaksa United menjual pemain
sedia ada untuk mengumpul dana sekitar £80 juta (RM471.1 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI