fbpx

Ramai rakyat Amerika enggan bersara kerana tidak mampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiada simpanan mencukupi punca ramai memilih terus bekerja. - A1 Auto Transport

WASHINGTON – Satu kaji selidik mendapati bahawa seorang daripada lima rakyat Amerika Syarikat (AS) berpendapat bahawa mereka tidak akan bersara, lapor laman berita MailOnline kelmarin.

AS mempunyai lebih 334 juta penduduk.

Kira-kira 20 peratus orang dewasa di AS khuatir tidak dapat bersara dengan 70 peratus daripada jumlah tersebut berkata, mereka tidak mampu untuk berbuat demikian.

Kaji selidik oleh laman berita Axios bersama kumpulan penyelidikan Ipsos itu menampilkan soalan berkaitan persaraan kepada 1,238 responden dewasa dengan 210 daripada mereka berusia lebih 55 tahun.

Hampir separuh daripada responden di bawah umur 55 tahun atau sekitar 44 peratus pula berkata, mereka terpaksa menukar pelan persaraan kerana faktor kewangan.

Hanya 36 peratus daripada responden yang berusia lebih 55 tahun berpendapat bahawa mereka boleh bersara apabila membuat perancangan.

Ramai orang tidak percaya bahawa Sistem Keselamatan Sosial di AS akan dapat menampung perbelanjaan dan bil mereka selepas bersara.

Seramai 37 peratus responden yang memilih untuk tidak bersara berkata, Sistem Keselamatan Sosial hanya dapat menampung kurang satu perempat daripada perbelanjaan selepas mereka bersara.

Dalam pada itu, 54 peratus pesara menyatakan, mereka kini menggunakan wang pencen untuk menanggung kehidupan mereka.

Maklum balas responden dalam kaji selidik itu sejajar dengan pelbagai laporan bahawa rakyat AS tidak menyimpan wang yang cukup untuk menampung kehidupan selepas bersara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI