fbpx

[VIDEO] Mulut orang memang tidak boleh tutup – Aprena Manrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APRENA MANROSE percaya Uqasha sebenarnya kuat untuk berdepan mulut jahat khalayak berhubung isu belum ada anak memandangkan baru dua tahun berkahwin.

KUALA LUMPUR – Pelakon Aprena Manrose menasihatkan sepupunya yang juga pelakon, Uqasha Senrose agar sentiasa kuat dalam berdepan kecaman ramai berhubung isu zuriat.

Bagi Aprena, 30, nasihat tersebut dititipkan kepada Uqasha yang sebelum ini pernah menjadi bahan kecaman segelintir netizen kerana masih belum mempunyai anak selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

“Mulut orang memang tidak boleh tutup mulut dan disebabkan itu jugalah hati kita boleh terkesan.

“Jika tiada orang punya mulut (kecaman), kita okey sahaja sebenarnya.

“Saya sudah tujuh tahun berkahwin, Uqasha pula baru dua tahun. Kalau tujuh tahun (tiada anak) pun boleh sabar menahan mulut orang, dia pasti boleh juga,” kata pelakon Hatimu Sedingin Salju itu kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Pemilik nama penuh Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mengakui isu anak sangat sensitif dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin.

“Saya ada beri nasihat kepada Uqasha apabila dia dihentam sebegitu, sebab saya lagi kuat berbanding dia.

“Selalu juga saya pesan, dia baru dua tahun kahwin dan perlu banyak bersabar.

“Kalau Allah SWT nak beri, Dia akan bagi dan kalau tidak, maksudnya belum masanya lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, sama seperti wanita TTC atau Trying To Conceive (wanita yang cuba mengandung) lain, Aprena turut tidak terlepas daripada berasa sedih kerana belum dianugerahkan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Dedah adik kepada pelakon Oktavia Manrose itu, usahanya melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada tahun lalu juga masih belum berhasil.

“Saya berehat seketika daripada lakonan sebelum ini sebab buat IVF tetapi masih belum ada rezeki dan agak sedih juga.

“Namun, saya baru buat sekali kalau nak bandingkan usaha wanita lain yang sudah berkali-kali lakukannya.

“Mungkin Allah tahu kita belum mampu daripada aspek kewangan atau kemampuan untuk jaga anak. Saya selalu fikir begitu supaya tidak terlalu stres,” jelasnya

Sebelum ini, Uqasha pernah menerima komen berbaur sindiran daripada segelintir individu yang mempertikai dia masih belum dikurniakan cahaya mata selepas dua tahun berkahwin dengan pelakon, Kamal Adli.

Bukan itu sahaja, komen netizen tersebut turut menyindir dengan memetik nama adik-beradik dan keluarga Uqasha seperti Nelydia Senrose dan Aprena yang juga masih belum menimang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI