fbpx

Lee Tuck tinggalkan KDA FC dengan persetujuan bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lee Tuck meninggalkan KDA FC menerusi persetujuan bersama.

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman (KDA) FC hari ini mengumumkan pemergian pemain tengah prolifik, Lee Tuck dari kelab bola sepak itu menerusi persetujuan bersama.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi KDA FC, persetujuan secara bersama itu dibuat selepas mengadakan beberapa perbincangan dan pertimbangan antara pengurusan kelab dan Lee Tuck.

“Dengan emosi bercampur-baur, kami mengumumkan persetujuan bersama mengenai pemergian Lee Tuck dari KDA FC,” katanya.

Kata kenyataan itu lagi, Lee Tuck telah mempamerkan dedikasi yang tinggi, kemahiran luar biasa dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada KDA FC sepanjang musim ini.

“Persembahan luar biasa beliau di atas padang telah meninggalkan kesan yang besar di hati peminat dan sumbangannya kepada keputusan perlawanan pasukan juga akan sentiasa diingati dengan penuh memori indah.

“Seperti mana-mana perjalanan pemain bola sepak, peralihan adalah sebahagian dalam kerjaya seorang atlet. Keputusan ini telah dicapai dengan cara yang baik dan kami menghormati keinginan Lee Tuck,” ujarnya.

Ujarnya, walaupun pemain import itu tidak lagi memakai jersi kelab tersebut, pihaknya tidak meragui kemampuan Lee Tuck untuk terus bersinar dalam kerjaya masa depannya.

“Kami mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Lee Tuck atas khidmatnya yang luar biasa kepada kelab. Semangat, kerja berpasukan dan kepimpinannya di dalam dan di luar padang telah memberi inspirasi kepada ramai pemain muda dan peminat.

“Kenangan yang dicipta bersama akan dikenang selama-lamanya dan kami akan sentiasa mengalu-alukan Lee Tuck dengan tangan terbuka setiap kali beliau kembali melawat KDA FC,” katanya.

Sementara itu, menurut KDA FC, pihaknya sedang giat berusaha untuk mengukuhkan skuad Sang Kenari dengan membawa bakat baharu seterusnya membentuk masa depan yang cerah buat kelab.

Pada hujung tahun lalu, Lee Tuck menandatangani kontrak selama setahun bersama Sang Kenari yang mengisi slot kuota pemain tempatan terakhir bagi musim ini.

Kehadiran pemain prolifik itu mengukuhkan jentera tengah skuad kendalian Nafuzi Zain, apatah lagi dia pernah bekerjasama dengan pengendali itu dari 2018 hingga 2020 di Terengganu FC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI