fbpx

Dilarang terbang dron tanpa kelulusan sepanjang PRN- CAAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAAM melarang penerbangan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang proses PRN berlangsung.

PETALING JAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan, ia bagi memastikan kelancaran PRN selain mengelakkan kejadian tidak diingini yang membabitkan aspek keselamatan orang ramai khususnya pengundi.

“Larangan ini termasuk pada tiga tarikh penting yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu hari penamaan calon pada 29 Julai, hari mengundi awal (8 Ogos) dan hari mengundi (12 Ogos) serta sepanjang 14 hari tempoh berkempen selepas hari penamaan calon,” kata CAAM.

CAAM juga menegaskan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI