fbpx

Siasatan Jasmine Loo masih berjalan sebelum diserah kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasmine Loo Ai Swan (kanan).

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan, masih dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketika ini, siasatan PDRM terhadap Jasmine masih lagi berjalan dan belum selesai.

“Siasatan terhadap Jasmine masih dilakukan oleh pihak kita (polis),” katanya dalam sidang akhbar Majlis Penyerahan Bendera bagi Kejohanan World Police and Fire Games, di Ibu Pejabat Polis Polis, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengesahkan penangkapan Jasmine Loo Ai Swan, 49, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, 7 Julai lalu.

Ujar Razarudin, tahanan reman telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.

Jasmine dikatakan salah seorang sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang turut terbabit dalam skandal kewangan 1MDB, dan disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI