fbpx

Writ kekosongan kerusi DUN Simpang Jeram diserahkan kepada SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puad.

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri telah menyerahkan writ kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram susulan pemergian penyandang kerusi itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub, malam semalam.

Menurut Speaker DUN Johor, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, writ kekosongan itu diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, soal untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) itu akan ditentukan oleh pihak SPR.

“Kita telah menghantar writ kekosongan kerusi DUN Simpang Jeram itu kepada pihak SPR hari ini. Soal bila PRK itu akan dilaksanakan sama ada selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, itu pihak SPR akan tentukan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Semalam, negara digemparkan dengan berita kematian Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai dilaporkan meninggal dunia pada pukul 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah buat Allahyarham di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot, di sini pada pukul 11 pagi.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong Serkat, Tanjung Piai, Pontian pada pukul 12.05 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI