fbpx

Chelsea kempunan sambar Neymar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR sudah kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukannya di PSG bagi menghadapi saingan musim baharu. – AFP

PARIS – Hasrat Chelsea untuk mendapatkan khidmat bintang sensasi Brazil, Neymar dilihat sukar selepas penyerang berusia 31 tahun itu menyatakan hasratnya mahu kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Terdahulu, kumpulan penyokong PSG mendesak pihak pengurusan pasukan itu agar menjual Neymar selepas sering dipalit masalah kecederaan sejak berhijrah daripada Barcelona pada Ogos 2017.

Ultras PSG berhimpun di hadapan kediaman Neymar meluahkan kekecewaan mereka selepas pemain dengan rekod perpindahan dunia bernilai £190 juta (RM1.11 bi­lion) itu gagal membantu PSG menjulang gelaran pertama Liga Juara-Juara Eropah.

“Saya harap boleh bermain untuk PSG musim depan kerana saya masih memiliki kontrak de­ngan pasukan ini. Setakat ini tiada sesiapa pun datang dan beritahu apa-apa kepada saya.

“Saya masih tenang walaupun jika tiada sokongan daripada para penyokong. Saya akan kekal di sini walaupun tiada sokongan,” kata Neymar.

Perjalanan karier Neymar musim lalu sekali lagi ditimpa malang apabila mengalami kecederaan buku lali yang memerlukannya menjalani pembedahan, sekali gus hanya dapat beraksi 29 perlawanan dalam semua kejohanan.

Bagaimanapun, bekas bintang Barcelona dan Santos itu dilihat bersemangat tinggi untuk mendapatkan sentuhan terbaiknya apabila kembali me­nyertai sesi latihan skuad utama sejak minggu lalu.

“Prosesnya cukup menyakitkan dan sukar, namun saya akan cuba bangkit. Sudah pasti kemenangan sentiasa menjadi objektif dan saya mahu bermain dengan baik,” jelas Neymar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI