fbpx

Remaja putus tangan bom dipegang semasa main takraw meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja berkenaan memegang bom sambil bermain sepak takraw di sebuah kawasan padang. – Nation TV

BANGKOK, Thailand  –  Seorang remaja hilang hampir keseluruhan tangannya  apabila sebutir bom yang ditemui meletup ketika dia cuba memindahkan bahan letupan itu dari sebuah sekolah di wilayah Chaiyaphum, timur laut Thailand, lapor laman berita Thaiger.

Dalam kejadian semalam, sekumpulan kanak-kanak berusia 11 tahun dikatakan mahu bermain bola sepak sebelum salah seorang daripada mereka menyedari terdapat objek menyerupai bom di padang, lalu meminta bantuan seorang remaja berusia 14 tahun.

Mangsa mengangkat bom tersebut dan ketika dalam perjalanan untuk menyerahkannya kepada ketua kampung,  dia sempat berhenti seketika untuk bermain sepak takraw sambil memegang bahan letupan itu.

Dia  terjatuh ketika bermain, lantas menyebabkan bom meletup. Tangan kiri mangsa  cedera teruk  sebelum dia dikejarkan ke hospital.

Salah seorang anggota penyelamat berkata, beberapa malam sebelum kejadian itu, sekumpulan remaja menaiki motosikal pergi ke lokasi kejadian pada waktu tengah malam. 

Penduduk setempat juga dikatakan ada terdengar bunyi letupan pada malam berkenaan.

Stesen penyiaran Channel 3 melaporkan bahawa kumpulan remaja itu datang daripada  sebuah komuniti lain dan merancang untuk menyerang remaja setempat di  kawasan tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI