fbpx

Pasar raya Mydin tawar barang keperluan bayi bersubsidi RM600,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (kanan) diiringi Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin (tiga dari kiri) melihat produk barangan bayi selepas merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah sempena kempen “Kasih Sayang Ibu dan Si Manja” di Pusat Beli Belah Mydin Mall USJ, Subang Jaya hari ini. - Foto AMIR KHALID/KOSMO!

SUBANG JAYA – Pasar raya Mydin menjalin kerjasama dengan 11 jenama multinasional menawarkan
barang keperluan bayi yang diberikan subsidi berjumlah RM600,000 sehingga 8 September 2023.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, antara barangan itu susu formula bayi dan lampin bayi pakai buang.

“Inisiatif ini kerajaan tidak berbelanja satu sen pun. Ini (subsidi) diberikan oleh pemain-pemain industri. Ini sangat jarang berlaku. Biasanya kerajaan yang beri subsidi. Insya-Allah dengan beberapa komitmen beberapa syarikat multinasional, kita telah dapat buktikan mereka juga membantu.

“KPDN akan adakan libat urus secara khusus dengan 11 syarikat ini supaya insiaitif ini kita penjangkan dan apakah keperluan KPDN dapat bantu,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah Sempena Kempen “Kasih Sayang Ibu dan Si Manja” anjuran Mydin di sin hari ini.

Salahuddin berkata, insiatif seperti itu sedikit sebanyak membantu rakyat sekaligus memberi keyakinan inisiatif Payung Rahmah akan dapat terus dilaksanakan ketika negara belum terlepas daripada isu kos sara hidup.

“Saya faham peningkatan harga barangan yang di import di peringkat global masih tidak mereda, tetapi dengan beberapa inisiatif ini kita telah dapat nemberikan beberapa pilihan kepqda rakyat untuk berbelanja”

“Ini yang saya katakan, Insya-Allah perkara (insiatif) seperti ini akan berterusan dan selepas ini akan jadi ikutan oleh mana-mana pasar raya supaya tawarkan pakej yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan tiada kenaikan melampau harga barang berlaku di pasaran ketika ini, malah harga barang yang tidak dikawal oleh kerajaan telah kembali stabil.

“Kita sekali lagi ingin beri keyakinan kepada rakyat tentang 11 barang bersubsidi dikawal kerajaan. Hari ini (semalam) saya berada di pasar raya Mydin dan beberapa hari lepas saya pergi ke beberapa pasar raya lain.

“Dalam satu troli yang mengandungi beberapa bahan asas makanan lebih kurang 20 hingga 25 (beg plastik), purata pada harga RM200 lebih. Kita menyaksikan harga barang-barang asas tidak naik,” katanya.

Jelas beliau, demikian juga harga barang-barang yang kerajaan tidak kawal seperti sayur-sayuran termasuk sawi, tomato dan cili yang harganya telah kembali stabil. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI