fbpx

75 ekor kambing mati dibaham harimau kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZMI Manan menunjukkan kandang kambing miliknya yang menjadi sasaran harimau kumbang di Kampung Batu Hitam di Kuantan.

KUANTAN – Kejadian 75 ekor kambing dan biri-biri di baham harimau kumbang sejak dua minggu lalu itu menimbulkan kebimbangan dan keresahan penduduk Kampung Batu Hitam, di sini.

Selain itu, kejadian terbabit turut menyebabkan penternak kerugian yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Seorang penternak, Azmi Manan, 62, berkata, dia mengesyaki serangan harimau kumbang terhadap kambingnya selepas melihat kesan gigitan dan cakaran pada bangkai kambing biri-biri.

KAMBING yang mati dipercayai dibaham harimau kumbang di Kampung Batu Hitam di Kuantan.

“Pada mulanya saya ingat anjing, tetapi tengok pada bangkai, ada kesan cakar, gigitan pada leher (ternakan) dan hanya makan organ dalaman sahaja selain penemuan kesan tapak kaki harimau kumbang itu berdekatan dengan kandang miliknya.

“Kita rasakan kehadiran haiwan buas menyerang ternakan kami lebih yakin apabila pihak Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara) mengesahkan itu (harimau kumbang) berdasarkan kesan (gigitan dan cakaran) pada bangkai,”katanya ketika ditemui di Kampung Batu Hitam di sini, hari ini.

Menurutnya, ini merupakan kejadian kali pertama yang berlaku di kampung berkenaan yang mana haiwan liar terebut dipercayai memasuki kebun pada sebelah malam dan menjadikan ternakan sebagai habuan makanan.

Sementara itu, Penghulu Mukim Beserah, Nasaruddin Ahmad berkata, penduduk terlibat telah membuat laporan kepada Perhilitan dan perangkap telah dipasang beberapa hari lalu untuk mendapatkan harimau kumbang itu.

Katanya, pihak Perhilitan itu percaya harimau kumbang itu akan datang semula memandangkan masih ada lagi haiwan ternakan di kawasan tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI