fbpx

4 beradik tular diberi nama Indo, Nesia, Tanna, Air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat beradik ini diberikan nama unik oleh ibu mereka. – TikTok

JAKARTA – Empat adik-beradik di Indonesia mengundang perhatian netizen  selepas mendedahkan  mereka diberi nama Indo, Nesia, Tanna dan Air oleh ibu mereka,  lapor portal berita Okezone semalam.

Berdasarkan hantaran tular di Twitter, salah seorang daripada mereka memberitahu, nama tersebut diberikan oleh si ibu demi cinta pada negara.

“Ibu yang memberikan nama-nama kami disebabkan rasa cintanya kepada negara.

“Kalau nama kami digabung, ia menjadi Indo-Nesia-Tanna-Air (Indonesia Tanah Air),” demikian menurut keterangan video tersebut.

Namun, nama keempat-empat mereka bukan sekadar terdiri daripada satu perkataan kerana ia turut mempunyai nama lain.

Berdasarkan klip video berlainan yang disiarkan di  laman TikTok, Nesia ialah anak sulung yang memiliki nama sebenar Nesia Rosalina.

Ia diikuti dengan Tanna yang bernama Tanna Dewi Shanti, anak ketiga pula dinamakan Indo Apriansyah serta si bongsu bernama Airna Fitria Bonia.

Keunikan nama empat beradik itu mendapat perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Nama yang sangat berjiwa nasionalisme dan berkuasa,” kata seorang pengguna laman sosial.

“Jiwa nasionalis saya sudah bangkit. Nama anak saya nanti adalah Mega dan Wati (bekas presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri),” kata netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI