fbpx

[VIDEO] Lelaki kurang siuman tersangkut pokok setinggi 20 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu membawa turun seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang tersangkut di atas pokok di Jalan Todak 4, Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam.

SEBERANG PERAI – Anggota bomba membantu menyelamatkan seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang tersangkut pada dahan sebatang pokok setinggi 20 meter di Jalan Todak 4, Seberang Jaya di sini, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Hafizal Timaradin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 8.08 pagi.

Menurut beliau, pasukannya tiba dengan kekuatan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan dibantu oleh BBP Perai.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, terdapat seorang lelaki berbangsa India dipercayai kurang siuman berada di atas pokok pada dengan ketinggian kira-kira 20 meter. Kerja-kerja menurunkan mangsa kemudian dilakukan dengan menggunakan tangga milik jentera bomba.

“Mangsa kemudian berjaya diturunkan dalam keadaan yang baik sebelum diserahkan kepada polis dan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, lelaki tersebut sebelum itu ditemui dalam keadaan tanpa seurat benang dan operasi menyelamat mangsa tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 9.36 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI