fbpx

‘Scammer cinta’ perdaya wanita, dakwa doktor askar NATO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki (dua dari kanan) yang dipercayai memperdayakan beberapa wanita dalam penipuan cinta ditahan di sebuah asrama di daerah Bang Kapi, Bangkok semalam - Foto Facebook/CCID

BANGKOK – Pegawai Biro Siasatan Jenayah Siber (CCIB) menahan seorang lelaki di Thailand kerana dia dipercayai terlibat memperdayakan mangsa-mangsa wanita dalam satu sindiket ‘scammer’ cinta, lapor laman berita Thaiger semalam.

Suspek menipu mangsa-mangsanya dengan mendakwa bekerja sebagai doktor dalam pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang ingin berpindah ke Thailand.

Beberapa mangsa memfailkan aduan kepada polis selepas mereka kehilangan wang kepada kumpulan ‘scammer’ penipuan cinta itu.

Susulan siasatan lanjut kes tersebut, CCIB menemui bukti seorang lagi mangsa lain memindahkan wang ke akaun bank yang dikaitkan dengan kumpulan penipu berkenaan.

Pegawai CCIB menghubungi mangsa tersebut pada 23 Jun lalu untuk menceritakan kisahnya. Wanita berkenaan kemudian mendedahkan kepada polis bahawa dia bertemu dengan suspek di Instagram.

Suspek memberitahunya bahawa dia ialah seorang doktor Vietnam yang bekerja untuk NATO, dan selepas wanita berkenaan jatuh ke dalam ‘perangkap’, lelaki tersebut meminta untuk membantunya kerana mendakwa dihimpit dengan masalah kewangan.

Lelaki itu didakwa menyatakan keinginan untuk berpindah dan tinggal bersama mangsa di Thailand tetapi mendakwa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerlukan bayaran untuk proses pemindahan itu.

Dia kemudian meminta wang sebanyak 10,000 baht (RM1,334), tetapi jumlah tersebut beransur-ansur meningkat kepada 25,000 baht (RM3,336) dengan rayuan berterusan untuk mendapatkan dana tambahan.

Mangsa akhirnya kerugian kira-kira 60,000 baht (RM8,008) kepada suspek tetapi CCIB berjaya menahannya di sebuah asrama di daerah Bang Kapi di Bangkok, semalam. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI