fbpx

Sanusi bersedia disiasat isu REE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan bahawa beliau bersikap terbuka dan bersedia untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dalam isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Sik.

Muhammad Sanusi bagaimanapun menegaskan bahawa setakat ini belum menerima sebarang makluman daripada agensi terlibat sebaliknya mengetahui berita siasatan tersebut dalam akhbar hari ini.

“Saya belum dikunjungi oleh SPRM lagi. Saya baca kenyataan di akhbar rupanya akhbar sudah mendahului proses. Saya pun hairan juga macam mana tajuk itu boleh keluar?” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Sempena Maal Hijrah di sini hari ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan, SPRM membuka kertas siasatan berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa melibatkan isu perlombongan REE di Sik berikutan perlombongan bahan berkenaan dipercayai dilakukan secara tidak sah serta menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, kata Muhammad Sanusi, pihaknya tidak menolak kemungkinan dakwaan terbaharu itu adalah satu plot yang besar sedang dirancang untuk memburukkan imejnya.

“Untuk memberi gambaran bahawa saya ini orang yang bermasalah, disiasat oleh macam-macam agensi.Jadi sebenarnya benda itu tak berlaku. Saya difahamkan adalah SPRM menyiasat MBI (Perbadanan Menteri Besar), bukan MB (Menteri Besar). Saya MB yang dia kata itu dia yang dia siasat itu, MBI. Ini, ‘I MB’.

“Jadi macam mana berita keluar dulu sebelum proses berlaku? Tentulah ada agenda-agenda tertentu untuk memberi gambaran MB kena selesailah,” katanya yang turut menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan kes kecurian REE di Hutan Simpan Bukit Enggang tersebut termasuk berkaitan kemasukan pekerja asing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI