fbpx

JAIM panggil penganjur Malam Ratu Pondan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAIM - Gambar hiasan

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah mengesan dan memanggil pihak yang didakwa ingin menganjurkan program Malam Ratu Pondan secara terbuka di sebuah hotel terkemuka di negeri ini pada Ahad ini untuk diambil keterangannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, meskipun permohonan bagi penganjuran itu belum diterima, namun langkah tersebut diambil sebagai penguatkuasaan pencegahan awal.

“JAIM cuma dapat maklumat (penganjuran) tersebut daripada media sosial dan telah mengambil langkah awal dengan memanggil pihak terbabit.

“Sepatutnya mereka perlu hadir semalam, namun sehingga hari ini mereka tak datang lagi dan kalau datang pun, kita memang tidak akan teruskan (benarkan) dan keputusan ini konsisten,“ katanya selepas Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah sempena Sambutan Maal Hijrah 1445H peringkat negeri 2023 di Auditorium Al- Azim di Bukit Palah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak tersebut telah dikesan dan merupakan penganjur dari dalam negara.

Menurutnya, acara sama pernah dianjurkan di luar negara termasuk Thailand, namun cuba diadakan secara terbuka di Melaka selepas beberapa tahun dianjurkan secara tertutup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI