fbpx

Varun Dhawan, Janhvi Kapoor perang dingin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARUN DHAWAN dan Janhvi Kapoor bakal muncul dengan filem baharu Bawaal, hujung bulan ini.

GARA-GARA terlalu menghayati watak dalam filem baharu berjudul Bawaal, Varun Dhawan dilaporkan menunjukkan sikap dingin terhadap heroinnya, Janhvi Kapoor.

Meskipun ini kali pertama mereka bekerjasama, pengalaman di lokasi penggambaran sangat unik apabila aktor tersebut tidak bercakap dengan Janhvi selama sebulan.

Sepanjang tempoh penggambaran, dia menyendiri dan cuba mengelak daripada berinteraksi dengan aktres itu atas alasan demi mendapatkan mood.

Varun mula menghapuskan ‘pantang’ di lokasi dan menamatkan perang dingin yang dibuat sendiri selepas babak membabitkan hero dan heroin selesai dirakam.

Akui Varun, ada kru menyangka mereka berdendam antara satu sama lain sedangkan tiada apa yang berlaku dan hanya fokus terhadap filem yang bakal ditayangkan pada 21 Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI