fbpx

Penambahbaikan PSKL 2040 perlu diwartakan segera – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu melaksanakan segera penambahbaikan Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL 2040) dan diwartakan sebelum penghujung tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan amat komited bagi memastikan penyediaan PSKL 2040 adalah komprehensif dan bersifat inklusif untuk rakyat selaras dengan visi Kuala Lumpur bandar untuk Semua.

“Saya telah mempengerusikan satu taklimat bagi mendengar dan meneliti laporan sesi libat urus pindaan Draf PSKL 2040 bersama Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL pada 17 Julai 2023.

“Saya mengambil maklum bahawa berdasarkan perlanjutan sesi libat urus yang diadakan bermula pada 18 hingga 26 Mei lalu, DBKL telah menerima sebanyak 639 pandangan daripada 425 peserta yang hadir dalam sesi libat urus tersebut.

“Secara dasarnya, saya berpuas hati dengan laporan sesi libat urus dibentangkan, sehubungan itu, DBKL perlu melaksanakan segera penambahbaikan Draf PSKL 2040 dan dokumen ini hendaklah diwartakan sebelum penghujung tahun ini,” kata beliau melalui satu kenyataan hari ini.

Tambah Perdana Menteri, DBKL perlu memberi tumpuan mengekalkan kawasan rizab hutan dan kawasan lapang bagi memastikan matlamat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya hijau, sihat dan rancak tercapai.

“Saya juga bersetuju supaya perumahan mampu milik diperluaskan bagi menampung permintaan terhadap jenis perumahan tersebut oleh warga kota Kuala Lumpur.

“Cadangan ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk menyediakan perumahan mampu milik melalui konsep Kejiranan Madani di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” jelas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI