fbpx

Peminat Arif Aiman diuji kanser otot lepas terjatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Irfan (tengah) menerima sepasang kasut bola daripada Arif Aiman ketika berkunjung ke rumahnya di Kampung Pulai Sebatang, Pontian baru-baru ini.

PONTIAN – Sebelum ini, Muhammad Irfan Abdullah merupakan seorang remaja yang cergas biarpun dilahirkan sebagai anak istimewa kerana mempunyai penyakit disleksia.

Namun, kehidupan remaja berusia 13 tahun itu berubah apabila dia terbabit kemala­ngan sewaktu berada di sekolah sebelum disahkan menghidapi kanser otot melibatkan bahagian rahang pipi kanannya pada tahun lalu.

Menurut ibunya, Puteri Nur Fairuz Ab. Rahim, 35, anaknya terjatuh ketika berada di sekolah agama sehingga menyebabkan rahang pipi kanan remaja itu terkena bucu tangga pada 14 Di­sember 2022.

“Penyakit yang me­nimpa anak saya hanya dapat dikesan setelah Muhammad Irfan dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan menjalani Pengimejan Resonan Magnet (MRI).

Keputusan MRI menunjukkan terdapat lendir dan nanah di bahagian rahang remaja itu.

“Pembedahan untuk membuang lendir dan nanah dibuat sebelum pasukan perubatan menemui ketumbuhan di bahagian bawah rahang berhampiran dagu,” katanya ketika ditemui di di rumahnya Kampung Pulai Sebatang, di sini baru-baru ini.

Puteri Nur Fairus menunjukkan bahagian leher kanan anaknya, Muhammad Irfan selepas menjalani rawatan kemoterapi disebabkan penyakit kanser.

Menurut wanita itu, anaknya menjalani radioterapi seba­nyak 31 kali dan kemoterapi menyebabkan rambutnya gugur dan bahagian tekak remaja itu seolah-olah terbakar.

Muhammad Irfan kemudian dipasangkan tiub di hidung bagi membolehkan dia diberikan susu dan ubat-ubatan.

Jelasnya, sekiranya mempunyai masalah, Irfan akan segera dibawa ke HSI. Keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu rutin harian suaminya yang mencari pendapatan dengan menjaring ikan dan memetik buah kelapa sawit dengan pendapatan sebanyak RM500 sebulan.

Remaja itu memerlukan empat tin susu khas berharga RM109 setiap satu yang hanya bertahan 10 hari. Setakat ini keluarga itu menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan dan Majlis Kanser Nasional sebanyak RM250 setiap enam bulan.

Kisah Muhammad Irfan tular baru-baru ini selepas Arif Aiman Mohd. Hanapi melawatnya bagi memenuhi permintaannya untuk bertemu pemain kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu. Dalam perjumpaan itu, Arif Aiman menyerahkan baju JDT, kasut bola selain cenderamata kepada Muhammad Irfan.

Orang ramai yang bersimpati dengan remaja itu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam bernombor 01108022920163 atau di talian 011-51414348.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI