fbpx

Liverpool cabar United buru Amrabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMRABAT menjadi antara pemain sensasi pada jendela perpindahan kali ini apabila khidmatnya diburu beberapa kelab gergasi Eropah. - AFP

LIVERPOOL – Perseteruan Liverpool dan Manchester United kini seakan memasuki fasa berbeza apabila The Red sekali lagi mahu mencabar Red Devils dalam usaha mendapatkan khidmat Sofyan Amrabat.

Menurut laporan, Pengurus Liverpool, Juren Klopp secara rahsia sudah pun mengadakan perbincangan dengan ejen Amrabat bagi membawa pemain itu ke Anfield dan menambah kualiti di posisi tengah pasukan.

Walaupun sudah menandatangani Alexis MacAllister dan Dominik Szoboszlai, The Red juga terdesak untuk mengukuhkan bahagian tengah memandangkan sudah kehilangan ramai pemain, Naby Keita, James Milner dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Liverpool kini dikatakan sudah bersedia untuk mendapatkan calon ganti ketika Fabinho seakan hampir pasti meninggalkan Anfield dan kini dikaitkan dengan Liga Profesional Arab Saudi.

Antara lain, Romeo Laia, Ryan Gravenberch dan Kalvin Phillips menjadi beberapa lagi calon yang mungkin berada dalam pertimbangan Klopp untuk dibawa ke Anfield.

Amrabat menjadi nadi utama Maghribi di Piala Dunia 2022 dan Liverpool juga seakan mahukan bintang tengah lebih baik daripada Casemiro dan Christian Eriksen yang ditandatangani United.

Pengendali United, Erik Ten Hag juga sedang meneruskan usaha mendapatkan bintang Maghribi itu memandangkan beliau pernah melatih Amrabat ketika berada di kelab Belanda, FC Utrecht. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI