fbpx

Lelaki main papan luncur undang bahaya pengguna jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sekumpulan lelaki bermain papan luncur secara berbahaya di kawasan Pusat Bandar Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan lelaki dewasa dirakam bermain papan luncur di kawasan jalan raya menurun bukit di pusat bandar Johor Bahru mengundang kemarahan orang ramai.

Lebih membahayakan, salah seorang lelaki yang bermain papan luncur itu hampir dirempuh oleh seorang penunggang motosikal yang melalui kawasan tersebut.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya memandang serius aktiviti yang dilakukan sekumpulan pemuda itu secara berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Polis mengesan video sekumpulan pemuda bermain papan luncur secara berbahaya menerusi pemilik akaun facebook ‘Asfarizal Syazwan’. Pihak polis akan membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video tular berdurasi 36 saat yang menunjukkan empat pemuda meluncur laju di Jalan raya menuruni bukit dan berselekoh dipercayai berdekatan Pusat Konvensyen Persada Johor, di sini.

Raub berkata, perbuatan itu merupakan kesalahan dibawah kaedah 3 (1) kaedah-kaedah lalu lintas jalan (larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti) dan boleh dikenakan hukuman dibawah seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI