fbpx

Aplikasi cari pasangan padankan Campbell dengan wanita bernama Soup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMPBELL tidak menyangka dia dipadankan dengan seorang wanita bernama Soup. – AGENSI

NEW YORK  – Seorang pengguna laman mencari pasangan Hinge bernama Campbell George menyangka aplikasi tersebut mengejeknya apabila dia menerima notifikasi bahawa padanan utamanya ialah seorang wanita bernama Soup, lapor laman berita Mirror hari ini.

Nama Campbell sama dengan jenama sup popular, Campbell Soup.

Lelaki berusia 26 tahun dari New York itu berkata, padanan pertamanya ialah seorang wanita bernama Soup dan dia berkongsi notifikasi tersebut di laman Twitter baru-baru ini.

Hasilnya, ramai netizen memberi komen bahawa mereka ‘ditakdirkan untuk bersama’.

Dalam komennya Campbell berkata:“Apa ini, adakah saya jenaka buat kamu (Hinge)?”  

Komen tersebut mendapat 22,000 tanda suka, komen dan ciap semula,  serta mendapat perhatian Soup yang telah memadamkan aplikasi tersebut.

Notifikasi yang diterima Campbell menyatakan: “Paling serasi; Campbell & Soup, kami berpendapat anda patut bertemu”.

Campbell berkata, salah seorang rakan Soup melihat komennya di  Twitter dan menghantarnya kepada wanita tersebut.

Soup kemudian memuat turun semula Hinge untuk menjawab mesej Campbell. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI