fbpx

Isteri bergilir layan dua suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita bertindak berkahwin dua sekali gus mempunyai dua suami serta bergilir-gilir melayani mereka pada waktu siang dan malam.

Kisah benar itu diceritakan seorang peguam syarie, Shazril Khairy Mustafa menerusi media sosial TikTok berhubung kes yang dikendalikan beliau.

“Isteri dua suami, kisah benar kendalian saya sendiri. Suami pertama berkahwin di Siam tanpa diketahui keluarga. Suami kedua berkahwin di Malaysia direstui ibu bapa.

“Siang isteri ke rumah suami pertama, alasan keluar kerja kepada bapanya. Bila malam balik ke rumah suami kedua yang tinggal sekali dengan bapanya.

“Isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang. Haram memang menyeronokkan,” katanya pada hantaran tersebut baru-baru ini.

Menjawab soalan daripada salah seorang pengguna TikTok, beliau berkata, kes berkenaan telah selesai apabila wanita itu mengikut pilihan bapanya.

“Dah selesai, isteri ikut pilihan bapa pilih kedua. Jadi berlaku penceraian untuk pernikahan pertama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI