fbpx

Remaja diperkosa 6 lelaki ketika melancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan beberapa jam selepas mangsa membuat laporan polis. - Splash

MADRID, Sepanyol – Seorang remaja warga Jerman berusia 18 tahun mendakwa dia diperkosa enam lelaki selepas dibawa ke sebuah bilik hotel di bandar Majorca, Sepanyol Khamis lalu ketika melancong.

Akhbar Mirror UK melaporkan, keenam-enam suspek diarah memberikan keterangan di hadapan hakim semalam.

Lima daripada mereka ditahan beberapa jam selepas mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa. Lelaki keenam yang cuba melarikan diri ditahan lewat hari sama.

Menurut mangsa yang pergi bercuti rakan-rakannya di Palma Beach, dia bertemu seorang lelaki berusia 20 tahun di pulau itu.

Mangsa kemudian dibawa pulang ke hotel lelaki tersebut tetapi apabila tiba di bilik, terdapat lima lagi lelaki lain yang sedang mabuk.

Dia cuba meninggalkan bilik itu tetapi mereka menghalangnya sebelum beberapa lelaki memperkosanya sambil disaksikan yang lain.

Setelah melaporkan serangan itu kepada penyambut tetamu, dia dibawa ke hospital Son Llatzer.

Ejen Unit Keluarga dan Penjagaan Wanita Polis Negara kini melancarkan siasatan bagi kes tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI