fbpx

Jangkitan penyakit kelamin meningkat 128 peratus di bandar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan iklan di Utah menggesa penduduk menjalani ujian Sifilis kerana wabak penyakit kelamin (STD) itu semakin meningkat. - Zumarpress.com

HOUSTON, TEXAS – Pegawai kesihatan Houston, Texas memberi amaran kepada penduduk bandar itu mengenai wabak sifilis selepas kes meningkat sebanyak 128 peratus dalam kalangan wanita, lapor akhbar New York Post semalam.

Jabatan Kesihatan Houston di Amerika Syarikat (AS) berkata, pihaknya menyaksikan peningkatan sembilan kali ganda dalam jangkitan sifilis kongenital (jangkitan pada bayi baru lahir) di Houston dan Harris.

Statistik menunjukkan bahawa jangkitan baharu meningkat 57 peratus daripada 1,845 kes pada 2019 kepada 2,905 kes pada 2022.

Jumlah pesakit wanita mencecah 674 orang tahun lepas, dan ia meningkat daripada 295 orang pada 2019.

Sifilis kongenital pula meningkat daripada 16 kes pada 2016 kepada 151 kes pada 2021, tahun terkini angka itu tersedia.

Dalam menangani isu tersebut, jabatan itu akan melancarkan respons jangkauan pantas, termasuk meningkatkan peluang saringan, menyasarkan kawasan utama jangkitan dan menggerakkan rakan kongsi komuniti untuk membendung jangkitan baharu.

“Adalah penting bagi wanita hamil untuk mendapatkan rawatan pranatal dan ujian penyakit kelamin bagi melindungi diri mereka daripada jangkitan yang boleh mengakibatkan kematian bayi.

“Wanita hamil perlu menjalani ujian sifilis tiga kali semasa hamil,” kata Timbalan Penolong Pengarah di Biro HIV/STI dan Pencegahan Hepatitis Viral, Marlene McNeese Ward. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI