fbpx

19,000 penduduk Lanchang hilang sabar, tertekan hadap masalah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. BATUMALAI menunjukkan tangki air yang disediakan untuk kegunaan penduduk setempat di Taman Setia di Lanchang, Temerloh.

TEMERLOH – Masalah bekalan air di Lanchang yang menjejaskan lebih 19,000 penduduk semakin kronik sejak lima tahun lalu menyebabkan penduduk semakin hilang sabar.

Isu tiada bekalan air yang berlarutan itu telah menyebabkan ada penduduk kampung yang berpindah ke daerah lain dan ada ahli keluarga yang ‘trauma’ balik kampung.

“Kami sudah bosan dengan pelbagai alasan mereka (pihak berwajib), anak-anak pun tidak mahu balik kampung,” kata S. Batumalai, 44, yang tinggal di Lanchang di sini.

Batumalai yang tinggal di Taman Setia di sini berkata, sudah lebih 20 tahun dia berhadapan masalah gangguan bekalan air sejak tinggal di kawasan pe­r­umahan itu sehingga sudah bosan dengan pelbagai alasan pihak berwajib.

“Berjaga dari tengah malam sampai pagi itu sudah menjadi rutin kami sebab masa itulah air baru masuk, itu pun sekejap sahaja dalam tiga atau empat jam.

“Saya kena tadah air dalam tangki yang besar untuk simpanan keluarga, itulah yang digunakan untuk masak dan mandi. Anak-anak tak mahu balik sini tertekan tiada air,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Jelasnya, masalah tersebut sudah berlarutan terlalu lama sehinggakan ada penduduk yang membeli rumah di kawasan perumahan berkenaan tidak mahu menetap di situ lagi.

Sementara itu, Batin Kampung Orang Asli Bukit Gabang, Di Awang berkata, penduduk kampung itu kerap mengeluh dengan masalah bekalan air bersih terutamanya mereka yang mempunyai bayi atau anak kecil.

“Masalah ini bukan perkara baharu, sudah terlampau lama dan sepatutnya kerajaan atau pihak berkaitan sudah mencari jalan penyelesaian awal lagi,” tegasnya.

Dalam pada itu seorang warga emas di Taman Setia di sini, M.Sucela, 61 berharap, masalah itu segera ditangani segera.

“Sejak menetap di sini pada 1995, masalah sekejap air ada, sekejap tiada sudah lama sangat, betul-betul susah, saya terpaksa buat pam air untuk tadah air ke dalam tangki air,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI