fbpx

Mah Sing dinobat ‘Best Managed Company Malaysia 2023’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Leong (kiri) mewakili Mah Sing Group Berhad bagi menerima anugerah ‘Best Managed Company Malaysia 2023’ di Hotel EQ baru-baru ini.

PETALING JAYA- Pemaju hartanah terkemuka Malaysia, Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) mencatat sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan sebagai ‘Best Managed Company Malaysia 2023’ baru-baru ini.

Dilancarkan pada tahun 2021, penganugerahan itu mengiktiraf kecemerlangan syarikat-syarikat swasta dan milik keluarga disenaraikan di Bursa Malaysia dengan pulangan tahunan sekurang-kurangnya AS$50 juta (RM2.26 bilion) bagi kecemerlangan organisasi serta pencapaian mereka.

Pada majlis itu, Pengarah Strategi dan Operasi Mah Sing, Rachel Leong telah menerima anugerah berprestij tersebut daripada Pengarah Urusan Negara Deloitte, Yee Wing Peng.

Pemberian anugerah berkenaan turut disaksikan Ketua Pengurus Syarikat Terbaik Asia Tenggara Deloitte, Michael Tsia.

Sebagai pemaju hartanah tempatan, Mah Sing menzahirkan rasa bangga dengan modal perniagaan ‘fast turnaround’ di mana membolehkan mereka maju dalam projek daripada perolehan tanah, pembangunan, penyelesaian serta penyerahan kepada pembeli rumah dalam jangka masa ditetapkan.

Dengan portfolio sebanyak 55 projek, Mah Sing kini mempunyai jumlah baki Nilai Pembangunan Kasar (GDV) dan jualan belum dibilkan bernilai RM27.36 billion bagi memastikan penjanaan pendapatan yang kukuh dan tampak.

Selama 30 tahun, Mah Sing terus berinovasi dan berkembang untuk mengekalkan keunggulan bersaing sambil memegang janji jenama untuk mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan dan operasi mampan selain penyampaian rumah berkualiti dan tercapai.

Pengasas dan Pengarah Urusan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata, pengiktirafan sebagai Best Managed Companies Malaysia pada 2023 merupakan kehormatan luar biasa dan satu bukti dedikasi terhadap kecemerlangan dan inovasi.

“Ia mencerminkan usaha berterusan kami terhadap amalan terbaik, tadbir urus yang kukuh dan pertumbuhan mampan.

“Pengiktirafan ini memberi inspirasi kepada kami untuk terus mendorong sempadan, menyampaikan nilai luar biasa kepada pihak berkepentingan selain memberi inspirasi kepada untuk mencapai tahap lebih tinggi pada masa hadapan,” jelasnya.

Leong menambah, kakitangan mereka disifatkan sebagai tunjang kejayaan Mah Sing berikutan komitmen ditawarkan berjaya membawa syarikat itu ke tahap lebih tinggi.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dengan tulus. Kami berkomitmen untuk memupuk budaya organisasi berprestasi tinggi yang mengutamakan kesejahteraan keluarga Mah Sing.

“Kami mahu memastikan mereka mempunyai persekitaran kerja yang terbaik. Kami akan terus maju ke hadapan untuk memberikan nilai luar biasa kepada pemegang kepentingan kami selain mengukuhkan komitmen terhadap pertumbuhan dan pembangunan negara,” jelasnya.

Sementara itu, Rachel Leong berkata,
orientasi kepada pelanggan merupakan teras strategi perniagaan kami.

“Kami secara berterusan meningkatkan pengalaman pemilik rumah dan sistem pengurusan kecacatan berasaskan ‘cloud’.

“Sistem ini membolehkan kami mendigitasikan proses pemeriksaan kualiti, penyerahan kecacatan, dan pembetulan. Misi kami adalah untuk menyampaikan produk berkualiti dan pengalaman pelanggan unggul,” jelasnya.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama Mah Sing menyertai program anugerah Best Managed Companies.

Disenaraikan di Bursa Malaysia pada 1992 melalui anak syarikat pembuatan plastiknya, Mah Sing kemudiannya menceburi bidang pembangunan hartanah pada 1994 dan diklasifikasikan semula daripada sektor industri kepada sektor hartanah.

Mah Sing berjaya membina kehadiran kukuh dalam sektor hartanah dengan kepakaran dalam pelbagai segmen seperti kediaman bertingkat tinggi, perbandaran, pejabat, ruang runcit, SoHo dan projek perindustrian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI