fbpx

332 individu terima manfaat Yakeb hingga Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorul Ariffin (kanan) bersama dua waris ahli Yakeb yang menerima bantuan khairat kematian di Seberang Jaya, hari ini.

SEBERANG PERAI – Seramai 332 individu telah menerima manfaat daripada Skim Bantuan Khas Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini dengan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM270,739.55.

Presiden Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, daripada jumlah itu, 11 daripadanya melibatkan bantuan untuk khairat kematian ahli serta pasangan mereka yang berjumlah RM28,000.

Beliau berkata, manfaat rawatan perubatan juga diberikan untuk ahli yang berdepan penyakit kritikal iaitu melibatkan seorang ahli dengan peruntukan sebanyak RM17,000 selain rawatan perubatan hospital untuk ahli seramai 257 orang yang berjumlah RM117,334.35.

“10 orang ahli turut menerima bantuan alat sokongan perubatan bernilai RM35,655.20, sembilan ahli menerima bantuan bencana alam (bernilai RM4,500), tiga bantuan melangsungkan perkahwinan (RM750) dan 35 ahli lagi menerima bantuan kewangan yang dianggarkan bernilai RM63,000.

“Pada masa yang sama, Yakeb turut menyalurkan bantuan pelajaran di peringkat sijil, diploma dan ijazah kepada enam orang anak ahli dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM4,500,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis penyerahan bantuan khairat kematian untuk waris dua bekas atlet negara iaitu Allahyarham Safarrudin Mohd. Zain dalam sukan berbasikal serta Allahyarham Rahim Mohamad (bola sepak) di Seberang Jaya, hari ini.

Dalam pada itu, waris Safarrudin iaitu anaknya, Sabrina, 42, berterima kasih kepada Yakeb atas sumbangan yang diberikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI