fbpx

Rakyat India mengeluh, harga tomato naik lebih 400 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARGA tomato naik lebih 400 peratus di India. – Getty Images/NurPhoto

NEW DELHI – Daripada  ayam mentega hinggalah kepada  paneer makhani, masakan yang menjadi kegemaran rakyat India ternyata hambar tanpa penggunaan tomato, lapor saluran berita berita CNN semalam.

Namun, tomato tidak lagi menjadi menu di rumah dan restoran selepas harganya melonjak lebih 400 peratus disebabkan kegagalan tumbuhan tersebut berbuah berikutan gelombang haba  dan hujan lebat yang melanda India, demikian menurut petani dan pakar pertanian.

Satu kilogram tomato  dijual di ibu negara India,  New Delhi minggu ini pada harga 138 rupee (RM7.76), melonjak lima kali ganda berbanding 27 rupee (RM1.52) pada Januari lalu.

Seorang suri rumah di New Delhi  yang hanya mahu dikenali sebagai Asha memberitahu CNN bahawa peningkatan mendadak  itu memberi kesan kepada tujuh anggota keluarganya. Ini kerana dia menggunakan tomato dalam hampir setiap masakannya.

“Kenaikan harga tomato banyak memberi kesan kepada kami. Ia sukar dipercayai. Tomato adalah sebahagian daripada diet sayur-sayuran,” ujarnya.

Bukan keluarganya sahaja terjejas, malah sebilangan restoran McDonald’s di  India menghentikan sementara menyajikan hirisan tomato pada burger dengan memetik isu kualiti dan kekurangan bekalan.

Restoran Connaught Plaza yang menguruskan francais McDonald’s di utara dan timur India meletakkan notis di luar sejumlah restorannya menyatakan, pihaknya tidak mendapat bekalan  tomato secukupnya.

Gambar notis itu disebarkan secara meluas di media sosial termasuk oleh wakil rakyat tempatan, Raghav Chadhai.

“McDonald’s pun tidak lagi mampu membeli tomato,” katanya dalam komen di Twitter.

Faktor pendorong di sebalik kekurangan semasa tomato ialah cuaca ekstrem yang dikaitkan dengan perubahan iklim, kata Jocelyn Boiteau selaku penyelidik di Institut Pertanian dan Pemakanan Tata-Cornell.

India kerap  mengalami gelombang haba antara Mei hingga Jun lalu tetapi sejak beberapa tahun lalu, gelombang haba tiba lebih awal dan berlarutan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI