fbpx

[VIDEO] Hujan lebat di India, 12 rakyat Malaysia gagal dihubungi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah kawasan di Wilayah Utara India yang terjejas akibat kejadian banjir.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengesan 12 rakyat Malaysia yang gagal dihubungi di negara itu.

Wisma Putra berkata, usaha itu dijalankan susulan laporan sekumpulan rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dihubungi keluarga masing-masing berikutan fenomena hujan lebat melanda Wilayah Utara India pada 9 Julai 2023.

“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dimaklumkan bahawa kumpulan itu sedang menyertai ekspedisi pengembaraan di Hampta Pass, Himachal Pradesh, India.

“Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh dan menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular untuk berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India boleh dihubungi menerusi talian +91 85955 50594 atau e-mel [email protected].

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi yg dikunjungi.

“Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 31 orang maut di negeri Himachal Pradesh akibat fenomena hujan lebat, manakala ratusan pelancong terkandas di daerah Lahaul-Spiti dan Mandi. – KOSMO! ONLINE

@hheaven_boy flood passes through beautiful scenery in Himachal Pradesh,India,and destroys everything#fyp#trendingnewsmalaysia#malaysianupdate#flood#himachalpradesh#india#longervideos#breakingnews ♬ Tension Action movie / drama / game(964618) – WICSTONE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI