fbpx

Fizikal kurus jadi persoalan, Hafiz Suip ‘buktikan’ di gimnasium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ berkongsi aktiviti kecergasan di gimnasium sekali gus menutup mulut segelintir orang mengatakan dirinya terlibat dengan perkara tidak sihat.

PETALING JAYA – Barangkali muak apabila perubahan fizikalnya yang semakin kurus sering menjadi persoalan ramai, penyanyi Hafiz Suip berkongsi gambar sewaktu menjalani latihan kecergasan di gimnasium sebagai bukti dirinya menjalani gaya hidup sihat.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Hafiz, 34, berkongsi gambar sedang melakukan aktiviti kecergasan sekali gus dakwaan segelintir pihak dirinya terlibat dengan aktiviti tidak sihat.

“Saja nak kongsi gambar yang aku ambil dalam Facebook jurulatih aku. Nak kurus kena usaha, bukan sekadar ‘berjakok’ (bercakap) dalam media sosial, menyebar fitnah secara tidak sedar,” tulisnya.

Ujar pelantun Awan Nano itu lagi, dia juga lebih selesa untuk menyimpan segala kesakitan dan kepahitan yang dialami tanpa meraih simpati.

“Aku bukan seorang yang megah dengan apa yang aku ada. Syukur atas apa yang Allah SWT beri. Kesakitan atau pahit yang dialami usah diraih simpati, bahkan berdiam diri dan bersembunyi. Biar kebaikan dan manis saja disaji,” katanya.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan, Hafiz turut mempamerkan bentuk badannya yang berotot, hasil daripada menjalani latihan di gimnasium bersama jurulatihnya.

Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata peminat turut memberikan semangat kepada Hafiz dan teruja dengan semangat yang dilakukan olehnya untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

“Terbaik Hafiz. Teruskan berusaha,” ujar seorang peminatnya.

“Alhamdulillah, semakin ‘sado’. Semoga dipermudahkan urusan,” komen seorang lagi peminatnya.

Sejak dua tahun lalu, penyanyi asal Kuching, Sarawak itu menuai perhatian ramai peminat yang bimbang apabila susuk fizikalnya kelihatan semakin kurus.

Lebih membuatkan peminatnya bimbang apabila Hafiz ada memuat naik status dalam Instagram, memohon maaf atas segala kesalahan yang pernah dilakukan sebelum ini.

Bagaimanapun, Hafiz berkata dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan telah berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI