fbpx

Isteri tertekan suami tipu duit orang, kaki hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa tertekan apabila lelaki yang dikahwininya ‘kaki hutang’ orang, bahkan terlibat dalam banyak kes pecah amanah.

Lebih merunsingkan apabila si isteri sering menerima panggilan daripada orang ramai yang menuntut hutang suaminya selain pernah ‘viral’ wajah wanita itu di media sosial.

Kisah tersebut diceritakan oleh peguam syarie, Mazidah Husain menerusi video dimuat naik pada TikTok beliau.

“Dua kali orang viralkan muka saya. Saya baru kahwin dua bulan lepas, suami kerja broker kereta sambung bayar. Tak sampai dua minggu kahwin macam-macam masalah mula timbul.

“Ada orang luar tiba-tiba ‘call’ saya nak tuntut hutang suami. Jadi saya tak senang duduk kenapa org tu ‘call’ saya bukan suami. Macam-macam saya fikir, akhirnya saya dapat tahu sebelum kahwin dia banyak pecah amanah, tipu duit orang,” katanya memetik cerita wanita tersebut.

Dalam masa sama, wanita itu berasa bimbang apabila wang untuk majlis perkahwinan mereka sebenarnya dipinjam daripada ah long.

“Senang cakap semua yang dia bagi saya hasil pinjaman orang. Status perkahwinan pun, dia tipu saya. Dia cakap saya isteri dia yang ketiga.

“Tapi lepas sebulan lebih kahwin, abang dia sendiri bagi tahu saya sebenarnya isteri kelapan. Nak pitam masa abang dia beritahu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI