fbpx

Tambang percuma katamaran P. Pinang selama sebulan Ogos depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke (tengah) ketika lawatan dan menaiki feri baharu di Terminal Swettenham Pier Cruise, George Town hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Rakyat Pulau Pinang termasuk pengunjung berpeluang menikmati pengalaman baharu menggunakan perkhidmatan feri atau katamaran secara percuma selama sebulan mulai 7 Ogos depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, feri dengan konsep baharu itu mampu mengangkut kapasiti maksimum 250 penumpang pejalan kaki serta 50 penunggang motosikal pada satu masa.

Menurutnya, perkhidmatan yang menghubungkan antara Pulau Pinang dan Butterworth itu akan beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 8.30 malam.

“Sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa apabila perkhidmatan ini bermula, kita akan beri perkhidmatan percuma selama sebulan kepada rakyat Pulau Pinang dan pengunjung.

“Feri inj mempunyai pelbagai ciri-ciri yang baharu boleh bergerak ke hadapan dan belakang serta sangat fleksibel, boleh buat pusingan 360 darjah. Konsepnya juga macam kereta api, ada dua enjin dan boleh beroperasi dua hala,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan dan menaiki feri baharu di Terminal Swettenham Pier Cruise (SPCT).

Dalam pada itu, beritahu beliau lagi, waktu kemuncak perkhidmatan air itu adalah setiap 30 minit dengan perjalanannya mengambil masa selama 10 minit sahaja.

Mengulas lanjut Loke memberitahu, pihaknya memberi jaminan yang tambang bagi perkhidmatan feri baharu itu adalah berpatutan dan akan diumumkan kemudian setelah mendapat kelulusan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP).

Sebelum ini, perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang yang membawa penumpang dan kenderaan termasuk kereta dan motosikal ditamatkan sepenuhnya pada Disember 2020 bagi memberi laluan kepada perkhidmatan baharu.

Penggunaan feri bot laju bagi membawa penumpang dan feri Ro-Ro untuk membawa motosikal dan basikal ketika ini merupakan langkah interim sebelum feri bas air dan pengangkut kenderaan baharu digunakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI