fbpx

Liga Super: Penang FC kejut Kelantan FC 4-3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Penang FC meraikan kemenangan selepas membenam Kelantan FC 4-3 di Stadium Bandaraya, George Town malam tadi.

GEORGE TOWN – Penang FC berjaya memanfaatkan kelebihan yang ada apabila berjaya menyempurnakan kemenangan 4-3 ketika aksi menentang Kelantan FC pada perlawanan ke-16 Liga Super 2023 di Stadium Bandaraya, di sini malam tadi.

Pada babak pertama perlawanan, pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan sulung minit ke-11 hasil ledakan penyerangnya, Muhammad Harith Akif Mohd. Shahar.

Tidak mahu menunggu lama, pasukan kendalian Ketua Jurulatih, Yee Fatty Chong berjaya menyamai jaringan menerusi sepakan percuma oleh sayap tengah, Muhammad Hadin Azman minit ke-19.

Meskipun beraksi dalam suasana hujan lebat dan padang yang becak, pemain berusia 29 tahun, Muhammad Hadin sekali lagi menambah jaringan kedua pasukan pada minit ke-30.

Aksi cemerlang tuan rumah di hadapan kira-kira 1,395 penyokong ternyata menyerlah apabila pemain pertahanannya, Rafael Vitor menyumbat gol ketiga buat pasukan pada minit ke-41. Ini merupakan penampilan ke-74 Vitor dalam kancah Liga Super.

Menghampiri minit terakhir masa pertama, Kelantan FC sempat meraih gol kedua mereka hasil rembatan pemain tengahnya dari Indonesia, Natanael Siringo pada minit ke-48.

Memasuki babak kedua perlawanan, pasukan pimpinan Ketua Jurulatih Kelantan FC, Angel Alfredo Vera dilihat enggan menyerah kalah apabila dengan pantas menambah lagi mata jaringan menerusi tendangan, Muhammad Harith Akif, minit ke-46.

Bagaimanapun, Penang FC kekal dengan rentak cemerlang mereka dan berjaya menghasilkan jaringan pada minit ke-84 hasil sepakan penyerang, Muhammad Alif Ikmalrizal,

Kedudukan 4-3 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI