fbpx

PRN: Tiada masalah, ini negara demokrasi – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika ditemui pemberita selepas majlis di pusat konvesyen MBSA, Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Tiada sebarang masalah sekiranya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu membuka pusat khidmat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos ini.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semua parti di negara ini berhak untuk membuka pusat khidmat di mana sahaja sebagai salah usaha mereka bagi memenangi sesebuah kawasan.

“Ini adalah sebuah negara demokrasi. Jadi, beliau (Mohamed Azmin) boleh sahaja untuk buka pusat khidmat di Hulu Klang.

“Apa yang penting, kita dengan mana-mana parti bersaing secara sihat untuk pastikan kemenangan di kawasan yang ditandingi pada PRN kelak,” katanya selepas majlis penyerahan program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Mohamed Azmin merancang membuka pusat khidmat di Hulu Kelang sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa beliau mungkin bertanding di DUN tersebut pada PRN nanti.

Untuk rekod, bekas Menteri Besar Selangor itu memang berasal dari Hulu Kelang dan pernah memenangi kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) pada tahun 1999.

Mengulas mengenai keputusan MCA dan MIC yang tidak akan bertanding pada PRN kali ini, Amirudin menjelaskan beliau menghormati keputusan dua parti tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI