fbpx

Nenek, cucu terselamat ditimpa tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN tanah yang runtuh dan hanyutan lumpur yang nyaris menimpa sebuah rumah di Taman Lipis Fasa 2 di Lipis hari ini.

LIPIS – Seorang nenek dan cucu lelakinya terselamat dalam kejadian tanah runtuh dan lumpur dari lereng bukit di Taman Lipis Fasa 2, di sini hari ini.

Ketua Baiai Bomba Kuala Lipis, Haslizan Ramli berkata, dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu berlaku gelongsoran tanah dan hanyutan lumpur daripada lereng bukit setinggi kira-kira 50 meter yang menimpa belakang rumah mangsa.

“Keadaan rumah berkenaan begitu hampir dengan lereng bukit ini dan dibimbangi akan menjadi lebih teruk sekiranya berlaku hujan lebat menjelang malam ini.Pihak berkuasa telah mengarahkan penghuni berkenaan berpindah ke tempat selamat,” katanya di Taman Lipis di sini hari ini.

Menurut Haslizan, mangsa telah berpindah ke rumah saudara mara yang tinggal berhampiran rumah berkenaan.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota bomba dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan berkaitan kejadian itu.

Ujarnya, anggota bomba dengan bantuan pihak berkuasa beruniform terus membuat pemantauan di tempat kejadian bagi memastikan keadaan selamat dan dibimbangi berlaku runtuhan semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI