fbpx

BN semak semula kerusi MCA, MIC pada PRN – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya, hari ini.- FOTO: FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) akan menyemak semula kerusi yang diperuntukkan kepada MIC dan MCA selepas dua komponen parti itu memutuskan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN sebenarnya sudah menetapkan kerusi untuk MCA dan MIC pada PRN ini namun, jika itu yang mereka putuskan maka, ia akan dibincangkan kemudian.

Beliau berkata, perkara itu akan turut dibincangkan pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada 10 Julai nanti.

“Malam tadi saya dihubungi Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong tentang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan tertinggi mereka dan kita telah baca kenyataan Setiausaha Agung MIC tentang kedua parti untuk tidak sertai enam PRN negeri.

“Sebagai Pengerusi BN saya menghormati keputusan dibuat kedua-dua parti itu. Ia keputusan tertinggi parti itu namun, isu sama akan turut dibincangkan pada 10 Julai nanti.

“Kita sebenarnya telah tetapkan MCA dan MIC ada kerusi. Kalau itu mereka putuskan, kita akan bincangkan semula,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini.

Katanya, beliau juga dimaklumkan bahawa dua parti itu akan akan tetap turun membantu kempen jentera BN pada PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Ditanya sama ada beliau akan memujuk semula dua parti itu untuk bertanding, Ahmad Zahid berkata, perkara itu akan dibincangkan namun, jika mereka tetap dengan keputusan maka, peruntukan kerusi itu akan diletakkan kembali bawah BN.

Ditanya mengenai jumlah kerusi yang diperuntukkan BN kepada MCA dan MIC, Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI