fbpx

Ramai buat laporan polis palsu MyKad hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol

ALOR SETAR – Polis Kedah merekodkan 25 kes pada 2022 dan 16 kes tahun ini berkaitan memalsukan laporan dipercayai untuk melarikan diri daripada tindakan denda kerana kehilangan dokumen peribadi termasuk kad pengenalan diri.

Ketuanya, Datuk Fisol Salleh berkata, sebanyak 19 kes daripada laporan palsu itu sudah diambil tindakan di mahkamah setakat ini.

“Statistik mendapati pengadu yang membuat laporan palsu ini menyatakan mereka adalah mangsa kes samun dan curi. Tindakan sedemikian juga didapati bertujuan untuk menyelamatkan diri serta mengelak daripada sebarang kerugian proses pembaharuan dokumen pengenalan diri, pasport dan lain-lain,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Jelas beliau, tindakan tidak bermoral itu mendatangkan implikasi buruk kepada pelaku terlibat terutama dalam kalangan pelajar sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT).

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000. Namun impaknya kalau pengadu ini budak sekolah atau IPT, mereka akan mempunyai rekod jenayah.

“Implikasinya sangat berat terutama apabila mereka ingin memohon pekerjaan nanti seperti 19 individu yang sudah diambil tindakan di mahkamah itu kini sudah terpalit rekod jenayah,” ujarnya.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa agar tidak sesekali mengambil langkah mudah dengan membuat laporan palsu dan bersikap mementingkan diri sendiri sehingga merosakkan masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI