fbpx

PDRM umum pertukaran lima pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat lima pegawai kanannya, yang berkuat kuasa pada 7 Ogos ini.

Mendahului senarai adalah Juruiring Polis Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Senior Asisten Komisioner, Datuk Azry Akmar Ayob, yang akan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri, Senior Asisten Komisioner, Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali akan memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman.

Tambah beliau, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Kepolisan Am) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mazleen Mohd Nasir akan memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/ Perundangan/ Siasatan), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman.

“Selain itu, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/ Perundangan/ Siasatan), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mohd Faisal Yahya akan memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri.

“Ketua Pegawai Keselamatan/Pengiring Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Istana Negara, Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, Asisten Komisioner, Mohd Azani Omar akan memegang jawatan Juruiring Polis Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC),” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI