fbpx

Suspek samun wanita guna parang diberkas, positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELANG tangan yang berjaya dijumpai selepas tertangkapnya suspek kes samun warga emas di Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi, kelmarin.

KOTA TINGGI – Suspek lelaki yang disyaki terlibat kes samun seorang wanita menggunakan parang di Felda Air Tawar 4 kelmarin berjaya diberkas.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, suspek berusia 30-an itu turut positif dadah selain mempunyai rekod jenayah lampau.

“Pada hari yang sama pukul 9 malam sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi berjaya melakukan tangkapan ke atas seorang lelaki warga tempatan.

“Suspek ditahan di sebuah rumah di Felda Air Tawar 4, dipercayai terlibat dalam kejadian ini. Hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis ‘methamphetamine’ serta turut memiliki dua rekod dadah dan dua rekod jenayah lampau.

“Suspek kini tahanan reman selama tujuh hari bermula 3 hingga 9 Julai bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Hussin berkata, ekoran tangkapan itu pihak polis berjaya menemui semula rantai tangan emas yang disamun, serta merampas senjata parang dan pakaian yang digunakan suspek dalam kejadian itu sekali gus berjaya menyelesaikan kes tersebut.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita cedera selepas dilibas parang dalam kejadian samun berlaku di rumahnya Felda Air Tawar 4 di sini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa berusia 50-an sedang tidur sendirian di rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI