fbpx

Malaysia perlu mudahkan perjalanan pelabur – Tengku Zafrul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul menghadiri majlis pengumuman kerjasama strategik antara AAPICO dan Proton di Subang Jaya semalam.

PETALING JAYA – Malaysia perlu memudahkan perjalanan pelabur bagi menarik dan mengekalkan pelaburan di negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah tersebut akan meningkatkan daya saing Malaysia berbanding negara-negara jiran.

Sehubungan itu, katanya, MITI sedang menyelaraskan fungsi dan tanggungjawab 31 agensi penggalakan pelaburan di Malaysia.

“Ia bagi memudahcara proses bagi pelabur-pelabur domestik dan asing seperti Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd (Proton), Geely dan AAPICO Hitech Public Company Limited (AAPICO),” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul berkata, beliau amat mengalu-alukan kedatangan AAPICO sebagai pelabur baru di Malaysia dan pembekal kepada Proton.

Katanya, beliau mengalu-alukan AAPICO sebagai rakan kongsi pembangunan sosio-ekonomi Malaysia terutama kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam rantaian bekalan sektor automotif untuk pelbagai model bagi kenderaan Proton.

Ujar beliau, kerjasama Proton dan AAPICO selaras dengan objektif Polisi Automotif Nasional Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI